Kampung Sanglang (Kedah) Sanglang,_Perlis

Kampung Sanglang (Ayer Hitam, Kedah) terletak kira-kira 5 km pendalaman dari Kuala Sanglang, Perlis. Ia ialah Kampung asal di mana Penghulu Said dilahirkan dan tempat mana dia dimakamkan apabila dia meninggal. Di kampung ini banyak adik-beradik Penghulu Said tinggal. Antaranya Panglima Hin dan Penghulu Saari. Di kampung ini terletak pejabat Penghulu Sanglang selepas Perang Dunia II. Dengan terbinanya jalan raya dari Alor Setar ke Kangar merentasi Kampung Sanglang, ia menjadi persimpangan penting sebagai pusat komersial bertambah pula dengan peningkatan ekonomi dengan projek tanaman padi dua kali setahun dalam tahun 70-an.

Penghulu di Mukim Sanglang, Kedah ialah Encik Mohamad Amin Bin Yahya (sumber tahun 2011).

Kampung Batu 7, Jalan Sanglang

Sejarah Kampung Batu 7, Jalan Sanglang

Kampung Batu 7, Jalan Sanglang ini terletak dalam jarak 3.5km dari persimpangan kampung Sanglang menghala ke Pekan Kodiang. Kampung ini diasaskan pada tahun 1977 apabila penubuhan UMNO dicadangkan untuk cawangan baru di sini yang sebelumnya, kampung ini dikenali sebagai Batu 6 3/4. Pada mulanya, UMNO di sini dipimpin oleh Paklong Salleh manakala Pakngah Md. Zain Salleh menjadi timbalan Ketua UMNO di sini. Apabila Paklong Saleh meminta penubuhan cawangan UMNO baru iaitu cawangan Sungai Korok 1, UMNO Batu 7 dipimpin oleh Pakngah Md Zain dan setiausahanya merangkap Ketua Pemuda ialah saudara Razali Ibrahim. Sempadan kampung Batu 7 bermula dari kepala Pida 13 sehingga kepala Pida 15. Pada awalnya, keseluruhan penduduk kampung Pida 13 dan Pida 14 sehingga ke sempadan Kampung Batas Bengkok termasuk sebagai penduduk Kampung Batu 7 ini. Namun selepas persempadanan semula, Kampung Batu 7 hanya terdiri daripada rumah Pak Lang Hasan di kampung sebelah jalan besar hingga ke kedai runcit Ong Tiak Choon, manakala di seberang jalan pula terdiri daripada Kilang Padi Jelapang Utara sehingga ke rumah En. Ahmad Din B. Yahaya. Bentuk muka bumi kampung ini terdiri daripada lembangan sawah padi yang luas serta 2 batang sungai yang mengalir ke laut di Kuala Sanglang serta saliran tali air di pida-pida[Penjelasan diperlukan] yang bersambungan dengan Sungai Tambun Tulang di sebelah Perlis dan Sungai Lana Bulu, Sungai tunjang serta Sungai korok Changleh. Selain itu, kampung ini juga dikenali sebagai Kampung Sungai Korok Wan Yahya.

Khairiah masjid

Kampung Batu 7 terletak dalam khairiah masjid Batas Bengkok dan imamnya terkini ialah Ustaz Abdullah yang tinggal di Kampung Batu 7. Beliau memegang jawatan imam selepas jawatan tersebut disandang oleh Ustaz Hj. Che Daud Bin Lebai Shuib di Kampung Batas Bengkok. Kubur bagi kampung ini terletak di seberang sungai iaitu berhadapan dengan Masjid Batas Bengkok.

Ketua Kampung Batu 7

Ketua kampung biasanya dilantik secara automatik daripada penyandang Ketua UMNO dan JKKK kampung tersebut. Sejak 1978, selepas Paklong Salleh dan Pakngah Md Zain, orang yang pernah menjadi Ketua di situ ialah Mustafa Salleh, Mustafa Awang, Jamil Ahmad dan terkini Azizan Md Zain.

Kampung Batu 7 sekarang (2012)

Kampung Batu 7 sekarang ini dalam proses dibangunkan semula bagi tujuan pelancongan berasaskan agro, eko dan budaya oleh sebuah syarikat swasta, KCV Events & Recreation dengan kerjasama JKKKP Kampung batu 7 ini sendiri. Bagi tujuan itu, kampung ini akan diperkenalkan sebagai sebuah destinasi pelancongan baru dan kampung kebudayaan yang akan mengambil kira pemuliharaan rumah tradisional, aktiviti, makanan, pertanian dan sebagainya di sini sebagai warisan yang akan dipertahankan. Kampung ini akan dimajukan semula dan dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk kampung yang akan mendapat faedah daripada kegiatan ini di sini seperti bayaran atas sewaan rumah yang dijadikan inap desa di sini, hasil jualan buah-buahan, tanaman, ternakan dan juga peluang pekerjaan sebagai jurutunjuk, jurulatih rekreasi, jurulatih kebudayaan dan lain-lain apabila objektif ini tercapai. Penubuhan "Kedah Cultural Village" ini juga sedang dalam usaha mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah Kampung Budaya daripada pihak UNESCO; Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Kementerian Pelancongan dan bekerjasama dengan Pelancongan Malaysia untuk mempromosikan sebagai sebuah destinasi pelancongan baru Malaysia.